Bismillahhirrahmanirahim...
sesungguhnya Khalifah Akhir Zaman ini amat dinanti-nantikan kedatangnya oleh seluruh umat Islam supaya agama Islam yang mulia ini terbela... Lalu bagaimanakah perwatakan beliau itu?
Beliau adalah seorang yang badannya tegap, besar tinggi macam badan orang-orang Israel (menurut pandangan orang-orang Melayu) dan bertubuh sederhana (menurut pandangan orang-orang Arab). Kulitnya putih kemerah-merahan macam kulit orang Arab, dengan sedikit cenderung kepada kehitam-hitaman seperti kulit orang Ajam. Wajahnya tampan dan seolah-olah bersinar laksana bintang. Kepalanya besar, begitu juga dengan bentuk mukanya yang agak memanjang. Dahinya luas dan lebar. Hidungnya mancung seperti hidung orang-orang Arab, tidak seperti lazimnya orang-orang Ajam. Bulu keningnya nipis dan melengkung tetapi tidak bertemu antara kedua-dua belah. Biji matanya besar manakala di pelupuk matanya, sentiasa kelihatan bercelak.
Pada pipi kanannya ada satu tahi lalat hidup yang besar, bukan semula jadi tetapi mendatang. Jambangnya agak nipis tetapi janggutnya panjang, tebal dan lebat. Manakala gigi serinya bersinar dan lazimnya berjarak. Pada tengah belikatnya terdapat satu cop kenabian berwarna hitam yang ditumbuhi rambut. Bahunya lebar dan dadanya bidang. Kedua-dua belah pahanya renggang manakala daging pahanya agak besar. Beliau sentiasa memakai serban terutama yang berwarna putih, manakala jubahnya dua lapis berwarna putih, dari jenis Qutwani. Jubahnya agak pendek (tidak sampai ke buku lali) dan adalah dari jenis yang belah dada terus ke bawah.
Kedua-dua belah tapak tangannya besar dan tegap. Beliau dikatakan seorang yang sukar bertutur kata. Apabila sukar untuk menuturkan sesuatu, beliau akan menepuk paha kirinya dengan tangan kanan. Secara amnya, perawakannya adalah sama dengan perawakan Rasulullah SAW. Beliau seorang yang tidak gemuk dan tidak pula kurus. Beliau seorang yang berbadan tegap dan agak tinggi, seperti tingginya orang-orang Israel. Beliau sentiasa kelihatan sihat dan gembira.
Semasa Imam Mahdi mula-mula zahir ke dunia ini sebagai pemerintah, beliau memakai serban yang ada satu malaikat di atasnya. Malaikat tidak dapat dilihat oleh manusia biasa (kecuali orang-orang yang Allah izinkan untuk dapat melihatnya) tetapi dapat didengar suaranya dengan jelas oleh mereka yang menyeru, “Inilah dia Al-Mahdi, khalifah Allah. Oleh itu, ikutilah dia dengan ikhlas dan yakin.” Kemudian akan keluar satu tangan yang menjulur dari arah serban itu, yang mengisyaratkan kepada orang ramai supaya berbaiat kepada Imam Mahdi.
Imam Mahdi juga memiliki baju besi Rasulullah SAW yang baginda pakai semasa pergi berperang, yang selepas kewafatan baginda SAW, tidak pernah dipakai orang kecuali apabila Imam Mahdi zahir. Beliau juga memiliki sebilah pedang yang bernama Zulfakar, juga milik baginda SAW. Pedang itu pernah digunakan oleh Sayidina Ali KMW dalam beberapa peperangan. Beliau juga memiliki sehelai bendera merah yang diperbuat daripada kain bulu yang tertulis di atasnya dengan warna hitam perkataan, “Bermula Perjanjian Itu Bagi Allah.”
Beliau tidak pernah membangunkan orang yang sedang tidur kecuali apabila masuk waktu sembahyang. Beliau tidak menumpahkan darah manusia melainkan dengan hak, akan memerangi bersungguh-sungguh orang-orang Islam yang meninggalkan sunnah Nabi SAW sehingga mereka bertaubat dan meninggalkan bidaah dan khurafat itu, juga memerangi kaum kuffar dan musyrik yang mahu melawannya. Setiap yang berlawanan dengan sunnah akan beliau hapuskan sehingga seluruh manusia benar-benar kembali kepada akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah.
Beliau juga akan menjadi raja yang sangat besar seperti yang pernah dinikmati oleh Nabi Sulaiman AS dan Iskandar Zulkarnain. Malah dikatakan pemerintahannya kali ini lebih besar dan bererti berbanding kedua-dua mereka yang terdahulu itu. Beliau juga akan menghapuskan babi dan kera, di samping menghancurkan salib-salib dan rumah-rumah berhala. Maksudnya setelah semua orang memeluk Islam, mereka sudah tidak memerlukan lagi rumah-rumah berhala itu lalu mereka sendiri yang meruntuhkannya. Cuma dikaitkan dengan Imam Mahdi kerana beliau yang sedang memerintah seluruh manusia pada ketika itu.
Melalui kedua-dua belah tangannya, Allah menurunkan keberkatan yang melimpah ruah, yang tidak pernah terbayangkan oleh sekalian manusia, sama ada yang hidup pada masa itu atau sebelumnya, sehingga harta benda jadi melimpah ruah dan rezeki sangat murah. Penyakit-penyakit jadi hapus dan binatang-binatang bisa hilang bisanya, boleh dimain oleh kanak-kanak tanpa takut disengat atau digigit. Pemerintahannya sangatlah adil dan amat diredai oleh sekalian manusia, haiwan dan malaikat.
Imam Mahdi memang seorang yang sangat gagah perkasa sehingga sekalian manusia amat mengharapkan pertolongan, perlindungan dan keamanan daripada beliau. Allah SWT turut mengurniakannya seramai tiga ribu malaikat yang sentiasa patuh dan taat segala perintah beliau. Malaikat-malaikat ini akan memukul setiap orang yang menentang Imam Mahdi. Selain itu, Jibril dan Mikail AS akan turut sama membantu beliau semasa sedang berperang dengan pihak musuh.
Imam Mahdi juga diberikan kelebihan menghapuskan segala macam bentuk fitnah, memusnahkan segala macam bentuk judi, zina, arak, maksiat dan dosa. Beliau juga akan melenyapkan segala bentuk riba dan harta haram. Pemerintah-pemerintah yang kafir semuanya akan tunduk kepada pemerintahan beliau, dengan kebanyakan negara yang sebelumnya kafir akan terus memeluk Islam, tanpa melalui peperangan. Tidak ada lagi parti-parti politik atau orang-orang yang cuba menjadi ahli politik seperti yang sedang berlaku pada hari ini. Tidak ada orang yang dinamakan sebagai pihak pembangkang kerana semuanya itu adalah warisan daripada sistem Barat yang telah amat lapuk.
Keamanan akan benar-benar terjadi pada masa pemerintahannya sehingga kaum wanita dapat mengerjakan haji dengan beberapa orang sahaja tanpa berasa takut langsung sepanjang perjalanan pergi, semasa di Makkah dan dalam perjalanan pulangnya. Keamanan benar-benar wujud di dalam hati, perasaan, fikiran dan lahiriah seluruh manusia, terutamanya yang beragama Islam. Umat Islam rata-ratanya akan menjadi orang-orang yang saleh dan warak, tidak ada lagi orang-orang yang derhaka kepada Tuhan. Tidak ada juga orang-orang yang berselisih faham,apatah lagi bergaduh, walaupun hanya dua orang sahaja. Para wali dapat ditemui di tengah-tengah umat manusia, seperti yang pernah berlaku pada zaman sahabat dahulu dan dapat pula diambil butir-butir hikmat daripada keberadaan mereka itu.
Tanam-tanaman dan haiwan ternakan menjadi amat berkat dan melimpah ruah. Tanah-tanah pertanian tidak perlu dibaja atau dijaga dengan susah payah lagi kerana tanah-tanahnya sudah amat subur melalui curahan air hujan dan haiwan-haiwan perosak tanaman sudah tidak ada lagi. Secupak benih yang ditanam mampu membuahkan sehingga tujuh ratus cupak apabila dituai. Buah-buahan amat lebat dan keluar sepanjang masa, tidak lagi mengira musim. Pada masa itu, bumi ini akan menjadi seolah-olah syurga yang disegerakan bagi para penduduknya.
10 comments
alloolesperkataan imam mahdi itu bermaksud ketua yang memberi petunjuk. petunjuk apa? petunjuk kepada jalan yang seharusnya diambil oleh pengikut Nabi Muhammad saw. di akhir zaman yang telah sekian lama terkeliru untuk mengambil jalan yang mana satu akibat ketiadaan pemimpin yang benar-benar berkebolehan dan berkeupayaan. tetapi misi imam mahdi tidak semudah itu. walaupun beliau telah muncul dan hampir semua stesen tv dan akhbar-akhbar utama dunia memuatkannya dalam berita utama, namun percayalah ramai orang Islam sendiri akan tak perasan kerana masing-masing ada fahaman sendiri dan sibuk menjaga periuk nasi atau tidak bersedia menerima perubahan yang ditunjukkan oleh imam mahdi. namun imam mahdi akan meneruskan juga misi beliau dengan disokong oleh jutaan pencintanya yang terdiri dari bangsa beliau dilahirkan. akan terdapat segelintir dari manusia dari bangsa-bangsa yang lain akan turut menyertai beliau sementara sebahagian besar bangsa-bangsa yang tidak sebangsa dengan imam mahdi akan memandang serong kepada beliau kerana beliau membawa sesuatu yang sangat asing kepada mereka. bangsa melayu juga adalah antara bangsa yang akan meragui beliau kerana mereka pada ketika itu sangat taksub dengan dengan islam lama atau islam moden yang pro barat. sehinggalah imam mahdi wafat sekalipun mereka tetap tak perasan dan terus memusuhi idea-idea beliau sehingga berpuluh-puluh tahun lamanya. kasihan bangsa melayu tu...
Allah yg tau bangsa dan siapa imam mahdi..jgn kita yakin dia dari bangsa kita..allah maha mengetahui
" dan jangan lha engkau menggasihani bangsa lain smentara engkau sendiri tdk menggasihani dri mu..."
Sperti yg prnh dijelaskan oleh rasulullah
" akan ada masa dimana setelah wafat ny beliau,
Dunia dipenuhi dengan manusia2 munafik..
dan apabila engkau adlh manusia yg bnar2 beriman kpda tuhan ku,
Mka engkau bkn hanya mampu berkata cerdas,
Tetapi engkau juga akan melakukan perbaikan..
Manusia sebelum Raja Adam ra tanpa ilmu dan pemerintahan bermula Raja Adam ra sahaja bermula dan saat itu dan kini hanya Israel,Palestin dan Syria rumit. Iran dan Korea Utara tiada apa2 mahu ditakuti sebab kedua negara hanya ingin menunjukkan kelainan cara. Kita bakal menyaksikan pemimpin agung Junjungan Besar Terakhir bermula di ambang tahun 2018 dari nusantara maka beranjaklah semua bangsa menjadi bersaudara dan terus menuju ke alam akhirat. Kita bakal saksikan sendiri dikalangan yang kita kenal apakah dalam sengsara atau bahagia (contoh jadi gila selama mana ... berapa tahun atau puluhan tahun atau ratusan tahun .. baru lah dengan izin dia kembali normal mengecapi kebahgiaan akhirat sebagai hukuman diberi sebelumnya) Juga kita saksikan dibangkitkan dengan izin arwah2 dan kesaksian itu juga serupa apakah menjadi sengsara dahulu kah atau terus bahagia bertemu sanak saudara. Umur kita bakal menjadi panjang atas izin kurniaan Allah swt. Moga berbahagia lah kalian selalu bersederhana mirip rasul dan kembali lah ke arah kemuliaan pada sesiapa sahaja yang selalu sahaja bertemankan nafsu amarah. Kita masih diberi waktu...
Please translate in Urdu also
Rasanya ciri2 fizikal yang admin katakan itu ada pada diri saya! Tapi saya bukan imam mahdi, saya cuma manusia bias
Saya kacak macam imam mahdi! Hahaha!
Imam mahadi atau pemimpin akhir zaman yg ditunggu oleh semua pengikut2 dalam semua ugama yg tertulis dlm kitab suci masing2 adalh tokoh pemimpin akhir zaman,dua watak pemuda tamim dan imam mahad,walau pun berlainan mana yg disebut dlm kitab2 sici masing2 senenarnya adalah org yg sama
Ada dua tugas yg penting imam mahadi dan pemuda tamin zahur didunia,tugas pertama adalah melawan iblis dan tentera2 dajjal dialam ghaib,peperangan ini telah berlaku dari awal tahun 2018 hingga sekarang,ia disaksikan oleh para nabi dan wali,para nabi sentiasa membantu dan berdoa utk kejayaanya,terutama nabi allah sis dan nabi ibrahim memantau peperanagn melawan iblis dan setan2 yg menjalankan sihir terhadap umat manusia,bahkan dunia ini dipenuhi oleh kuasa sihir bagi melemahkan org beriman
Satelah berjaya dalam peperangan yg besar ini,dunia akan dipulihkan atau diremajakan semula,bumi akan subur manusia sudah boleh berfikir dg benar,baru imam mahadi dan pemuda tamim zahir memimpin dunia,bila masanya maseh lagi dlm pengetahuan allah,tetapi ia akan zahir masa terdekat ini dimalaysia,walau pun seorang dari mereka org indonesia,nusantara ini akan menerajui kebangkitan islam dunia ini...2019 pencerahan 2020 penyusunan dunia 2025 pemerentahan sepenuhnya dunia aman damai manusia sama hidup dlm kedamaian
Salah ni broo... Dalam hadith cakap imam mahdi kulit coklat kehitaman.. dan dan badannya sederhana besar.isi pehanya sikit.. tak terlalu tinggi dan tak terlalu rendah..
Kau ni merepek je..
Post a Comment
AYAT AL-QURAN
BERITA
PORTAL KERJAYA
JABATAN KERAJAAN
Footer
IMAM MAHDI
- IMAM MAHDI
- SIFAT-SIFAT IMAM MAHDI
- FITNAH SEBELUM KEDATANGAN IMAM MAHDI
- KEDATANGANNYA DINANTIKAN
- IMAM MAHDI SUDAH LAHIR
- PEMERINTAHAN IMAM MAHDI
- PEMIMPIN AKHIR ZAMAN
- KHALIFAH ISLAM AKHIR ZAMAN
- HALANGAN TERHADAP IMAM MAHDI
- TANDA-TANDA DAJJAL
- KEDATANAGN DAJJAL
- MISI DAJJAL MENCARI IMAM MAHDI
- MUNCULNYA DAJJAL & TURUNNYA NABI ISA